Sunday 15 March 2015

Piagam Pelanggan


Kami, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas  Kelantan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1.   Memberikan pendidikan berkaitan dengan kegiatan kokurikulum yang sebaik-baiknya tanpa mengira keturunan, agama dan latar belakang.

2.   Membimbing dan mendidik untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak dan beramal.

3.   Menyediakan program kokurikulum yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak sesama  individu, masyarakat dan agama.

4.   Menyediakan dan menguruskan program-program pembangunan bakat, minat dan kebolehan pelajar dalam pelbagai bidang bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi, rohani dan sosial.

5.   Menyediakan kemudahan kegiatan kokurikurikulum dan sukan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian yang tertentu.

6.   Menentukan urusan kebajikan pelajar diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan serta menentukan keselamatan dan keselesaan pelajar terjamin dan diambil berat berteraskan perkhidmatan penyayang.

7.   Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan kokurikulum dan sukan sekolah yang cekap, berkesan dan dinamik.

8.   Menyediakan guru pembimbing kokurikulum dan sukan yang berdedikasi, komited, berdisplin, produktif, invatif, kreatif dan bertanggungjawab.

9.   Memastikan perhubungan dan kerjasama yang erat antara unit kokurikulum sekolah dengan ibu bapa, bekas pelajar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain yang dapat menyumbangkan dan memajukan sekolah.

10. Membantu melahirkan bakat-bakat pelajar supaya cemerlang dalam bidang kokurikulum dan sukan sehingga peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment